NOTA

APAKAH ITU GERHANA?

Gerhana merupakan kejadian astronomi yang berlaku apabila satu objek astronomi bergerak ke dalam bayang-bayang astronomi yang lain. Terdapat  dua jenis gerhana :

  • Gerhana Matahari
  • Gerhana Bulan

Kedudukan bumi. bulan dan matahari ketika gerhana

Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilinggi bumi lalu bersetentangan dengan bumi dan matahari dan bayang-bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika fasa bulan baru ( Anak bulan) kerana pada masa itu bulan berda di sebelah bumi mengadap matahari

Gerhana bulan pula hanya berlaku ketika fasa bulan purnama. ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan boleh termasuk dalam bayang bumi dan menghilang



Fasa-fasa Gerhana Bulan


Fasa-fasa Gerhana Matahari

Gerhana juga boleh dibahagikan kepada:


  • gerhana penuh
  • gerhana separa
  • gerhana anulus
Gerhana penuh berlaku apabila sumber cahaya dilindungi sepenuhnya oleh sesuatu objek astronomi. Gerhana separa pula berlaku bila hanya sebahagian daripada objek itu terlindung. Gerhana anulus pula merupakan sejenis gerhana penuh di ma satu lingkaran halus dapat diperhatikan di sekeliling objek tersebut



Gerhana penuh Matahari

Gerhana penuh Bulan

Gerhana mungkin tidak berlaku setiap tahun dan mungkin pula beberapa kali setahun. namun gerhana penuh adalah jarang dan hanya dapat disaksikan pada suatu tempat di bumi. 








0 comments:

Post a Comment